Sunday, 2 August 2015

Sup Umbut (Upa pantu)

 Sup Umbut (Upa pantu)


Selamat Datang ke blog resipi. Saya ingin berkongsi resipi sup umbut(Upa Pantu). Mungkin di Sarawak saje terdapat Sup ni. Rasenye memang Perghhhh lahh. Sekali cuba nak lagi dohh..

Bahan-Bahan.



  • Umbut pantu(Upa pantu )satu pucuk.
  • Ayam setengah ekor.(lebih sedap kalau ada ayam kampung)
  • Bwg merah 1 biji , 
  • Bwg Putih 3 ulas (di cincang)
  • Cili besar 1 biji..(didadu).
  • Halia 2 cm.(potong memanjang)
  • Garam dan perasa.
  • Air  secukupnya.
  • Minyak Masak.


Cara- Cara Membuatnya.

1.Buang kulit umbut(upa pantu) dan potong kecil.
2.Rendam potongan upa dlm air,
3.Sementara menyediakan bhn memasak yg lain.
4.Panaskan minyak dlm kuali dan masukkkan bwg merah dan bwg putih 
5.Kemudian masukkan cili , halia dan ayam.
6.Masukkan air .
7.Kemudian masukkan upa pantu ke dalam periuk dan tutup periuk.
8.Tunggu upa pantu jadi lembut baru masukkan garam dan perasa
    secukup rasa serta sedikit lada sarawak.
9.Dah Siap dan hidangkan..

JERUK ENSABI IBAN

Selamat datang ke blog resipi. Disini sedikit sebanyak resipi membuat Jeruk Ensabi. Harap anda dapat mempelajari resipi ini dari blog saya.

Bahan-Bahan

  • Sayur sawi(ensabi) 2 ikat.
  • Garam dua genggam
  • Air beras dlm 2 cawan
  • Setengah sudu teh gula



Cara-Cara Membuat Jeruk Ensabi.
  1. Ensabi yg telah dibersihkan dan dibuang akarnya , dijemur di bwh cahaya matahari selama lebih kurang 6/7 jam
  2. Ensabi yg telah layu dijemur di renyuk  bersama dengan garam dan gula sehingga keluar air .
  3. Air yg keluar dari sayur tersebut hendaklh di buang
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan campurkan dengan air beras tadi.
  5. Biarkan selama satu minggu didlm keadaan suhu bilik.
  6. Selepas satu minggu ensabi ini boleh di masak.

"RESIPI AYAM PANSUH SARAWAK"

 

Selamat melayari Blogg saya. Saya berkongsi sedikit tentang resipi yang ada di Sarawak. Antaranya ialah resipi Ayam Pansuh. Selamat mencuba dan selamat makan lahh ye :


MANUK PANSUH

Bahan-bahan:
Ayam Pansuh sudah masak
Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam yg telah dipotong 
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan 5 ulas Bwg Putih
I kuntum Bunga kantan
Garam dan sedikit serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.
1/2 cawan air

Cara-cara memansuhnya:
  1. Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)
  2. Bersihkan buluh
  3. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat
  4. Bersihkan ayam
  5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan Bunga kantan
  6. Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa.
  7. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
  8. Jangan hentak buluh dan masukkan sedikit air Tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
  9. Bakarlah di atas bara api lebih kurang setengah jam.
  10. Bila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah masak.
  11. Hidangkan.